Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak - Penggerak Utama Pembangunan Negeri Perak

Pembangunan Usahawan

Program Usahawan melibatkan 7 program masa kini meliputi program-program seperti berikut:-

Penyediaan ruang niaga bagi usahawan bumiputera 

silveritage

Usaha Menambahkan Ruangniaga Di Kompleks Silveritage Galleria Untuk Usahawan Bumiputera Yang Telah Dilaksanakan Oleh PKNPk

Jadual dibawah menyatakan tawaran ruang-ruang niaga baru kepada usahawan-usahawan Bumiputera:-

Lokasi Unit
Pekan Tengku Hussein 23
Taman Kledang 10
Bandar Meru Raya 84
Jumlah 117
*Sehingga September 2011   

Program Pembangunan usahawan Di Sektor Perkilangan 

wakaf

Projek Perintis Wakaf Usahawan Oleh PKNPk Yang Dilaksanakan Di Gugusan Manjoi

Berikut merupakan jadual pembangunan usahawan di sektor perkilangan:- 

Lokasi Unit
Kamunting 2
Seramik Park 1
Kg. Acheh 1
Jumlah 4
*Sehingga September 2011

Kerja-kerja kontrak

Tawaran peluang kerja-kerja kontrak kepada usahawan pemborongan di bawah peruntukan RMK-10 seperti berikut:-

Kerja Kontrak Bil. Pemborong
a. Kerja Kontrak RMKe9 30
    i. Bumiputera 29
    ii. Bukan Bumiputera 1
b. Kerja Kontrak RMKe10 11
    i. Bumiputera 10
    ii. Bukan Bumiputera 1
Jumlah Bumiputera 39
Jumlah Bukan Bumiputera 2
Jumlah 41
 *Sehingga September 2011

Program Pembangunan Usahawan Bersama Dewan Perniagaan Melayu, Gabungan Pemborong Bumiputera Negeri Perak dan Persatuan Kontraktor Negeri Perak

Projek bersama pembangunan usahawan dengan kerjasama DPMP dan GPBNP yang telah diluluskan oleh Lembaga pada tahun 2010 yang lalu iaitu pembangunan bercampur masing-masing 100 ekar masih lagi di peringkat perancangan dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.  Pada tahun 2011, Lembaga telah meluluskan kawasan seluas 3.8 ekar di Bandar Meru Raya untuk dijadikan kompleks perniagaan PKNMP juga dalam peringkat perancangan dan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Ipoh.

Program Pembangunan Usahawan Belia

Untuk tempoh sehingga September 2011, program pembangunan usahawan Belia peringkat kedua, ketiga dan keempat melibatkan penyaluran kepada 49 usahawan yang dibantu dalam skim perniagaan, pengilangan dan perkhidmatan.  Jumlah bantuan yang dikeluarkan dalam bentuk pinjaman dan geran adalah sebanyak RM842 ribu.

Program Pembangunan Wakaf Usahawan PKNPk

Projek yang diwujudkan pada tahun 2010 telahpun disiapkan pembangunan fizikal dan tahun 2011 merupakan permulaan program wakaf ekonomi usahawan PKNPk dengan mewujudkan projek pertama di Gugusan Manjoi yang dijadikan sebagai program wakaf.  Nilai aset adalah sebanyak RM1.0 juta dan bangunan serta SOP program wakaf tersebut telah mula dilaksanakan dengan penyertaan usahawan yang dikendalikan secara bersama dengan Koperasi Pegawai-pegawai Masjid Negeri Perak.

Program Seminar & Kursus

Program meningkatkan keupayaan atau ‘capacity building’ usahawan yang telah dijalankan oleh PKNPk daripada Januari 2011 serta yang dibuat secara kerjasama dengan pihak lain adalah sebanyak 15 program.

PUM

Program-program utama yang dianjurkan oleh PKNPk adalah seperti berikut:-

Jenis Program Tempat
Kursus kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Syt. Prog. Usahawan Muda (PUM) Pering. Neg. Perak
Teluk Batik Resort, Lumut
Kursus Training of Trainers Guru Pembimbing Prog. Usahawan Muda
Teluk Batik Resort, Lumut
Kursus U’wan Belia & Miskin/Miskin Tegar Dlm Perniagaan Kecantikan ‘MOBILE BEAUTICIAN’

IXORA Beauty House, Chemor

Kursus Usahawan Belia & Miskin/Miskin Tegar Dlm Perniagaan Kecantikan ‘MOBILE BURGER OLALA’
Dewan Taming Sari, Kompleks Silveritage Galleria

Bengkel Pembubaran Syt. & Penyediaan Buku Laporan
Hotel Hillcity, Ipoh
Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Neg. Perak
UiTM Seri Iskandar, Perak