Portal Rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak - Penggerak Utama Pembangunan Negeri Perak

Pembangunan Perindustrian


Teras kepada pembangunan perindustrian menumpukan kepada mewujudkan suasana kondusif sesuai untuk pelabur tempatan dan luar negara. Usaha-usaha mengintegrasikan pembangunan Bandar Baru dengan infrastruktur yang telah diperkemaskan lagi pada tahun 2011-2015 nanti. Matlamatnya adalah untuk membolehkan negeri ini kekal sebagai destinasi premium kepada pelabur. Pembangunan bandar baru akan membina keperluan pelabur yang mengutamakan kepada pelanggan mereka, mengekalkan tenaga pakar dan pekerja-pekerja mahir dalam ekosistem yang diperlukan oleh pelabur masakini. Pengurusan logistik sebagai perkara penting dan untuk itu pada tahun 2010, tumpuan diberikan untuk menarik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan Pelabuhan Lumut. Lima (5) program yang dilaksanakan bagi menyokong pembangunan bagi tempoh 2010 adalah seperti berikut:-

Pembangunan Estet Perindustrian

estet_taiping

Estet Perindustrian Kamunting, Taiping


Kumpulan PKNPk masih terlibat menguruskan pembangunan dan stok kawasan perindustrian berjumlah 23 estet perindustrian dengan kawasan seluas 2,091 ekar (siap menjelang 2013). 

Status kemajuan pembangunan estet perindustrian adalah seperti jadual berikut:-


DAERAH / KAWASAN PERINDUSTRIAN

(EP = Estet Perindustrian)

Baki Kelulusan Boleh Dijual (ekar)

STATUS INFRASTRUKTUR
INFRA UTAMA
INFRA LOKAL
HULU PERAK
EP Bandariang Gerik 2.0 Siap Siap
EP Bandariang Gerik (Fasa II) 35.0 Siap (sambungan dari EP sedia ada) Tiada
Jumlah 37.0

KERIAN
EP Parit Buntar
Perancangan untuk disusun semula
TAIPING, LARUT MATANG dan SELAMA
EP Tupai
Perancangan untuk disusun semula
EP Kamunting
Perancangan untuk disusun semula
EP Kamunting Raya 23.0 Siap Siap
50.0 Siap Siap (kecuali kerja tanah)
EP Trong 200.0 Tiada Tiada
Jumlah 253.0
KINTA
EP Kanthan 9.7 Siap Siap (kecuali kerja tanah)
EP Bemban 80.0 Siap
EP Pengkalan 70.0 Siap Siap (kecuali kerja tanah)
EP Pengkalan (Fasa V) 20.0 Separuh Siap Separuh Siap
EP Keramat Pulai 2.8 Siap Siap
EP Barang Lusuh, Pengkalan 0.3 Siap Siap
EP Chemor - - -
EP Seramik 20.0 Siap Siap
EP Perabot PKNPk 3.0 Siap Siap
EP Foundri PKNPk 3.0 Siap Siap
Jumlah 208.8
PERAK HI TECH PARK KINTA
BioD Animation Theme Park 30.0 Siap Siap
Creative Content Industrial Hub 74.0 Siap Siap
Educity 65.0 30 ekar Siap Siap

35 ekar (dalam pembinaan) Tiada
Green Technology Park 100.0 - -
Bio Technology Park 70.0 - -
Renewable Energy Industrial Park 130.0 14 ekar siap

116 ekar (sedang dibina)
14 ekar siap
Hi Tech Industries Manufacturing Park 570.0 - -
Jumlah 1,039.0

BATANG PADANG
EP Tapah Road 200.0 Separuh Siap Tiada
EP Chenderiang 250.0 Dalam Pembinaan Tiada
Proton Tanjung Malim 200.0 Eksesibiliti melalui infra PROTON Tiada
Kota Malim, Tanjung Malim 14.0 Siap Siap
Behrang 2020 56.0 Siap Siap
EP Bidor 106.0 Dalam Perancangan Dalam Perancangan
Jumlah 826.0
PERAK TENGAH
EP Seri Iskandar PKNPk 35.0 Siap Siap
EP Parit Jerman 47.0 Siap Tiada
Jumlah 82.0
MANJUNG
EP Manjung 2.0 Siap Siap
EP Kampung Acheh 2.0 Siap Siap
Terminal Halal Kampung Acheh 5.0 Siap Siap
EP Pelabuhan Lumut 90.0 Siap Siap
EP LPIP/APMC 13.0 Siap Siap
EP Segari I 20.33 Siap Siap (kecuali kerja tanah)
Jumlah 132.33

 

Perak Hi-Tech Park (PHTP)

PHTP adalah salah satu komponen pembangunan di bawah strategi negeri Perak ke arah menjadi negeri maju menjelang 2020 dan salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagai kegiatan ekonomi negeri berasaskan teknologi dan pengetahuan dan diharap dapat membantu ke arah meningkatkan pendapatan rakyat dan negeri. 

Matlamat utama pembangunan PHTP adalah seperti berikut:-  
  • Sebagai “catalyst” yang merancang pertumbuhan ekonomi negeri dan menyumbang kepada sasaran negeri maju dan dasar-dasar negara.
  • Sebagai pusat yang menggerak pemindahan teknologi, menggalakan R&D serta inovasi bagi industri - industri baru (new emerging industries).
  • Menjadi hos kepada kluster industri berasaskan teknologi di bidang-bidang seperti berikut:-

      * Industri ICT seperti multimedia, shared services, R&D&D, telekomunikasi, creative content dan perkhidmatan penyelesaian.

      * “High value added industries with R&D based” seperti, bio-technology/BioD, Renewable Energy, teknologi hijau dan robotic & automation system.

      * Pusat pengwujudan dan pengembangan “technoprenuers” baru.

    PERAK_HI_TECH_1
    Kerja-kerja Pembangunan Infrastruktur di kawasan Perak Hi-Tech Park giat dijalankan

Terdapat beberapa Kluster dan Initiatives di dalam pembangunan Perak Hi - Tech Park seperti berikut:-
  • Kluster Bio Teknologi
  • Kluster Industri Pendidikan
  • ICT Creative Content Industrial Hub
  • Biod Human Capital Hub
  • BioD Initiatives
     Perak_Hi-tech_