|
Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia ( Cawangan Perak )
| Penubuhan |
: |
1837 |
| Badan Gabungan |
: |
Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICCI) |
| Sekretariat |
: |
Tingkat 1, Standard Chartered Bank Chambers, 21-27, Jalan Dato' Maharaja Lela, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. |
| Alamat |
: |
Peti Surat 136, 30710 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. |
| No. Tel. |
: |
05-254 9427/254 9545/253 2233 (Talian Terus) |
| No. Faks. |
: |
05-253 2233 |
| E-mel |
: |
miccip@tm.net.my |
| Keahlian |
: |
61 (sehingga 30 Jun 2000) |
| Presiden |
: |
Dato' Lim Git Hooi |
| No. Tel. |
: |
05-241 3073 |
| No. Faks |
: |
05-253 8427 |
| Keahlian |
: |
84 |
Latar Belakang:
Di peringkat Kebangsaan, Dewan ini bertanggungjawab untuk menyelenggara dunia perniagaan bagi memastikan semua jenis perniagaan dapat bergerak maju seiring dengan amalan demokrasi negara dan sistem perdagangan bebas. Dewan ini juga menaungi Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan (NCCIM). MICCI mengambil peranan yang aktif di dalam perwakilan kepada pihak Kerajaan dibawah mandat NCCIM. Di peringkat antarabangsa pula, Dewan ini bergiat aktif selaras dengan polisi yang digubal oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) yang berpusat di Paris sebagai ahli berdaftar.
MICCI dan ahli jawatankuasanya kerap mengadakan perbincangan dua hala dengan Kerajaan Malaysia dan menjadi pihak perunding kepada pihak Kerajaan di dalam isu-isu yang berkaitan dengan komuniti perniagaan termasuk penggubalan rang undang-undang serta polisi perniagaan. Ini telah membuka peluang yang baik kepada ahli bagi menyuarakan pandangan mereka sebelum sesuatu polisi itu digubal.
Objektif:
"Untuk menggalak, memelihara serta memajukan perdagangan bebas khususnya kepentingan pelaburan komuniti antarabangsa masa kini dan yang berpotensi untuk menyertai perniagaan, perdagangan dan industri di Malaysia, dan seterusnya menjalankan usaha-usaha untuk menggalakkan hubungan dagang antarabangsa dengan Malaysia serta pelaburan di dalam negara ini daripada pespektif yang tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik"
Aktiviti-Aktiviti Utama:
- Menguruskan sistem operasi Jawatankuasa Bertindak;
- Berhubung dengan Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang berkenaan;
- Memberi maklumat dan khidmat nasihat;
- Mengeluarkan Sijil Tempat Asal dan ATA Carnets;
- Memberi panduan dan nasihat di dalam aspek perniagaan seperti peraturan kastam, perbankan, isu undang-undang dsb.;
- Melayani permintaan serta pertanyaan mengenai perdagangan dan memberi bantuan kepada pelabur-pelabur antarabangsa yang baru.
Bahan-Bahan Percetakan:
- MICCI Bulletin-surat berita bulanan Dewan.
- 1837-Tales of Pioneer Traders in the East.
- MICCI Investment Map of Malaysia.
- 26 Ways-Understanding Malaysia's Business Environment.
- Malaysia Energy Outlook Towards 2005.
- Credit Management in Malaysia-Some Guidelines.
- MICCI Members' Directory-terbitan tahunan.
- Investor's Guide-terbitan tahunan.
- Laporan Tahunan.
Syarat-Syarat Keahlian:
Mana-mana syarikat, organisasi atau individu yang berminat untuk menjadi ahli MICCI (Cawangan Perak) boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada Setiausaha Eksekutif di Pejabat Cawangan Perak.
Faedah-Faedah Keahlian:
-
Menyediakan akses kepada maklumat perniagaan terkini.
-
Mewakili industri-industri berkaitan di dalam Kerajaan.
-
Memberi laluan & peluang perbincangan dengan pemimpin perniagaan terkemuka dan menteri-menteri serta pegawai-pegawai Kerajaan.
-
Menyediakan rangkaian hubungan dengan lain-lain kumpulan perniagaan dalam dan luar negara.
-
Menyediakan khidmat rundingcara terus berkaitan dengan isu-isu perniagaan.
-
Mengedarkan pekeliling tetap berkaitan dengan maklumat perniagaan terkini dan polisi-polisi pihak Kerajaan.
-
Mengedarkan notis tetap tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi seperti - senarai keperluan pengimport / pengeksport; notis tender dsb.
-
Memberi keutamaan dalam aspek hubungan perniagaan melalui pertanyaan perniagaan/perdagangan.
-
Memberi kadar istimewa ke atas sebarang pembelian bahan-bahan percetakan MICCI dan juga pengesahan ke atas dokumen-dokumen perdagangan seperti Sijil Pengesahan Tempat Asal dan ATA Carnets.
-
Akses ke perpustakaan dan bahan rujuk MICCI.
Struktur Organisasi:
| Pengerusi Cawangan |
: |
Encik Stewart Forbes |
| Naib Pengerusi |
: |
Dato' Mohd Hamdan Hazizi |
| Setiausaha Eksekutif |
: |
Cik Subasini Uthra |
| Bendahari |
: |
Evatt & Co |
|