|
Ke Arah Ekonomi Berasaskan Industri Moden
Aspirasi Kerajaan Negeri Perak adalah untuk membangunkan ekonomi yang moden dan mempunyai kepelbagaian adalah selaras dengan polisi Kerajaan Pusat. Ini disokong pula dengan industri-industri pengilangan, agro-akuakultur, pembinaan dan juga sektor perkhidmatan.
Dengan kemerosotan permintaan bijih serta kejatuhan harga bijih, Kerajaan Negeri telah bertindak bijak dengan mengalihkan fokus ekonomi terhadap sektor pengilangan.
Projek pengindustrian Negeri Perak dilaksanakan seiring dengan Pelan Induk Industri Malaysia (IMP) yang bermatlamat utama untuk meluaskan skop serta asas ekonomi negara dalam memastikan negara boleh menikmati struktur ekonomi yang seimbang dan mapan.
Objektif utama program pengindustrian boleh digariskan seperti berikut:
Untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor pengilangan.
Untuk menggalakkan penggunaan secara efisien kelebihan sumber alam semulajadi.
Untuk membangunkan asas pengeluaran yang kukuh bagi membolehkan kemajuan negeri bergerak seiring dengan lain-lain negeri di Malaysia ke arah pembentukan satu negara industri yang maju.
Aktiviti-Aktiviti Pengeluaran
Untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program pengindustrian di Negeri Perak, pihak Kerajaan Negeri telah mengambil langkah untuk menggalakkan pertumbuhan aktiviti-aktiviti pengilangan seperti berikut:
Industri berasaskan eksport
Industri Berasaskan Teknologi tinggi
Pengilangan bahan-bahan elektronik dan alatganti serta komponen kenderaan
Industri berasaskan penggunaan efisien sumber alam semulajadi tempatan
Industri Kecil dan Sederhana
Industri berasaskan pertanian secara bersepadu
|