Ipoh   Click for Ipoh, Malaysia Forecast 05:58:03
 
 
Home > Perak Info > State Administration
 
      State Administration



 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA SULTAN PERAK

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF
IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH

D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG)
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P

 

D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku DYMM Sultan Peraktelah mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.

D.Y.M.M. Tuanku telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah. Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln's Inn.

Sekembalinya dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang & Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. 

Pada tahun 1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku telah dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai hakim termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb November, 1982.

Tanggal 1 Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984 sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara rasmi pada 9hb Disember, 1985.

Pada 25hb April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-sembilan.

 

 

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
RAJA PERMAISURI PERAK

TUANKU BAINUN BINTI MOHD. ALI,
DK.


Raja Permaisuri Perak

D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun telah dilahirkan di Pulau Pinang. Tuanku menerima pendidikan awal di Sekolah St. George, Pulau Pinang dan kemudiannya terpilih untuk meneruskan pendidikannya di Kolej Perguruan Kirkby, England dari tahun 1952 hingga 1954.

Setahun selepas kembali dari England, Tuanku telah mengahwini D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Tuanku Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahulu.

Sepanjang kerjayanya sebagai guru, D.Y.M.M. Tuanku Bainun berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, Seremban, Raub, Taiping dan juga di Kuantan.

Pada 19 Februari, 1988, Tuanku Bainun telah ditabalkan menjadi Raja Permaisuri Perak dalam satu upacara yang sungguh bersejarah di Istana Kinta, Ipoh. Tuanku kemudiannya diisytiharkan pula sebagai Raja Permaisuri Agong dalam Upacara Menandatangani dan Angkat Sumpah D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Yang DiPertuan Agong yang ke-sembilan.

 



Next | End

 
      Category


State Profile | State Administration | State Economic Scenario | State ICT Info | State Industrial Development Info | State Infrastructure Info | State Investment Info | State Tourism Info |
Thu 0 Syawal 1431H
9 Sep 2010
English
 
BUSINESS ACTIVITIES
Bumiputera Property Management
Entrepreneur Development
ICT Development
Industrial Development
Infrastructure, Technical & Management Services
Investment
Real Estate
Tourism
 


    Home | Feedback | Sitemap | Contact Us    
Wisma Wan Mohamed Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Post Box No 217 30904 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Malaysia.
Tel. No:05-5296600 Fax No:05-5296604
PSDC @ 2006 All rights reserved | Privacy Policy | Legal Notices | Term of Use