Ipoh   Click for Ipoh, Malaysia Forecast 04:27:43
 
 
Home > Media Center > News
 
      News



PERAK BINA KILANG TENAGA SOLAR
Date : 22.07.2009


Perak bina kilang tenaga solar


Zambry (dua dari kanan) berbual dengan Siva Sivaram (kanan) dan Rais (dua dari kiri) selepas menandatangani memorandum perjanjian di Ipoh, semalam.


IPOH - Kerajaan negeri Perak bakal menjadi pengeluar utama tenaga solar menggunakan teknologi fotovolteik (PV) menjelang 2011 setelah termeterai memorandum perjanjian (MoA) antara syarikat TCT Inc. (TCT) dari Lembah Silikon, Los Angeles dengan syarikat tempatan Red Solar (M) Sdn. Bhd., (Red Solar) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui perjanjian tersebut, sebuah kilang pengeluaran tenaga solar akan dibina menjelang akhir tahun 2010 dengan membabitkan kos bernilai RM887 juta.

Katanya dua kawasan sudah dikenal pasti di daerah Manjung dan di Kanthan di sini bagi membina kilang pengeluaran tenaga solar PV itu,'' katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoA di antara ketiga-tiga pihak tersebut di sini semalam.

Pada majlis menandatangani MoA ini, PKNP diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Samsudin Hashim manakala Red Solar oleh Rais Hussin dan TCT diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siva Sivaram.

Kilang tersebut akan menghasilkan tenaga solar sebagai alternatif kepada tenaga elektrik yang kini digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini yang menggunakan cahaya matahari sebagai bahan utamanya.



Source : [ printer friendly ]


Return to News Listing


Thu 0 Syawal 1431H
9 Sep 2010
English
 
BUSINESS ACTIVITIES
Bumiputera Property Management
Entrepreneur Development
ICT Development
Industrial Development
Infrastructure, Technical & Management Services
Investment
Real Estate
Tourism
 


    Home | Feedback | Sitemap | Contact Us    
Wisma Wan Mohamed Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Post Box No 217 30904 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Malaysia.
Tel. No:05-5296600 Fax No:05-5296604
PSDC @ 2006 All rights reserved | Privacy Policy | Legal Notices | Term of Use