KUDA SEJATI SDN. BHD.
Sebuah syarikat anak milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
( 278935 – X )
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Eksekutif Akaun di Kuda Sejati Sdn. Bhd., sebuah syarikat anak milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk).
EKSEKUTIF AKAUN
(Ipoh, Perak)
Kelayakan :-
Ø Mempunyai sekurang – kurangnya ijazah atau diploma dalam jurusan Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Ø Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dan diperakui oleh kerajaan
Ø Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Ø Mempunyai sekurang – kurangnya 1 atau 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan.
Bidang Tugas :-
Ø Menyediakan baucer bayaran dan resit rasmi untuk semua pembayaran dan penerimaan
Ø Menyediakan nota debit / kredit dan jurnal
Ø Menyediakan penyata penyesuaian bank
Ø Menyediakan penyata kewangan bulanan dan akhir tahun untuk diaudit
Ø Menyediakan bajet tahunan
Ø Lain – lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dan Pengurus Kewangan dari semasa ke semasa
Calon – calon yang berminat hendaklah mengemukakan surat permohonan berserta ‘curriculum vitae’ (c.v), salinan sijil berkaitan yang telah disahkan dan sekeping gambar terkini berukuran passport. Hanya calon – calon yang berkelayakan akan dimaklumkan dan dipanggil untuk ditemuduga.Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 November 2009. Sila hantarkan butir-butir yang diperlukan kepada :-
PENGURUS SUMBER TENAGA MANUSIA,
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak,
Wisma Wan Mohamed,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05 – 5296690 / 692 Fax : 05 – 5296652